1. Sarapan
Ramai di antara kita sangat mengambil mudah tentang peranan sarapan dalam kehidupan. Kebanyakannya mengambil keputusan untuk tidak bersarapan dengan pelbagai alasan. Anda boleh lakukan apa yang anda rasakan terbaik untuk diri anda tapi ingat! – bersarapan akan membuatkan anda atau menghalangi anda untuk terlebih makan pada hari itu. Apabila anda tidak terlebih makan, maka anda akan dapat mengawal berat badan anda. Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah sarapan!
2. Amalkan meminum air dan pengambilan buah sebelum hidangan
Meminum segelas air beserta buah sebelum hidangan akan menyekat atau menahan selera anda daripada makan secara berlebihan. Ini disebabkan oleh kandungan fiber yang terdapat di dalam buah-buahan yang menyebabkan anda berasa kenyang!
3. Banyakkan minum air
Air mempunyai banyak fungsi yang menakjubkan terhadap tubuh manusia. Percaya atau tidak, salah satu daripadanya adalah membantu mengurangkn kuantiti lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Menurut kajian, seorang manusia perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Apabila kuantiti air yang diminum tidak mencukupi, ia akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik dan menyerahkan tugasnya kepada hati. Salah satu fungsi hati adalah membantu tubuh badan manusia membakar lemak yang tersimpan untuk dijadikan tenaga. Oleh yang demikian, hati tidak dapat bekerja atau berfungsi dengan sepenuhnya sekiranya terpaksa melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh buah pinggang anda. Maka, minumlah air secukupnya!
4. Makan banyak buah-buahan & sayuran mentah
Tubuh badan kita perlu membakar banyak kalori untuk menguraikan buah-buahan & sayuran mentah yang dimakan sekaligus menurunkan berat badan kita dengan lebih cepat. Buah-buahan dan sayuran juga membekalkan tenaga yang berkekalan dan sangat membantu untuk mengatasi kelaparan dengan kandungan fibernya yang tinggi!
5. Fiber
Pengambilan fiber di dalam diet boleh membantu mengawal berat badan kerana fiber menjadikan anda berasa kenyang sekaligus menghalang anda daripada makan berlebihan. Anda akan berasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari melalui pengambilan makanan yang kebanyakannya terdiri daripada fiber, protein dan air. Sumber untuk fiber pula boleh didapati daripada sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan juga bijirin. Untuk mendapatkan hasil yang baik, anda boleh mengambil 20-35 gram fiber setiap hari dan ini membantu pembakaran sebanyak 150 kalori sehari atau menurunkan berat badan sebanyak 7 kg setahun.
6. Protein
Ramai di antara kita yang tahu bahawa pengambilan protein dapat mengurangkan berat badan. Ini terbukti melalui produk menguruskan badan atau membina badan yang banyak terdapat di pasaran. Pengambilan protein dan fiber ini akan menyebabkan peningkatan metabolisme pembakaran lemak kerana badan kita perlu membakar banyak kalori hanya untuk mencernakan kedua-dua protein dan fiber ini. Tambahan pula, protein mempercepatkan penurunan berat badan dengan membantu membina dan mengekalkan otot-otot yang sihat, bebas daripada lemak.
7. Bangun & bersenam!
Terdapat banyak kebaikan apabila bangun di waktu pagi lebih-lebih lagi apabila kita susuli dengan bersenam. Senaman di waktu pagi ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya untuk tempoh 30 minit hingga sejam. Kajian menunjukkan bersenam di waktu pagi menolong membakar lemak 3 kali ganda lebih tinggi daripada waktu lain. Tambahan pula, udara pagi adalah bersih daripada pencemaran dan bagus untuk sistem pernafasan kita!
8. Bersenam dengan bijak!
Tahukah anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan & mengekalkan metabolisme anda lebih lama melalui senaman pendek yang berulang-ulang dalam 10 minit daripada melakukan senaman yang memakan masa 30-40 minit? Sebab kenapa senaman pendek ini lagi bagus kerana ia tidak memberikan ruang ataupun peluang untuk metabolisme yang perlahan.
9. Rehat
Kajian menunjukkan waktu rehat di antara rutin senaman membantu membakar lemak lebih 20% berbanding mereka yang bersenam tanpa henti. Hal ini kerana berehat sementara di antara rutin senaman menjadikan hormon pembakar lemak bekerja lebih efisien.
10. Jadi lebih aktif!
Penambahan aktiviti fizikal dalam rutin seharian kita akan membantu memulakan proses penurunan berat badan lebih cepat dari yang dijangka. Seperti contoh:
• Berhenti menggunakan lif dan gunakan tangga!
• Banyakkan berjalan kaki.
Dua contoh di atas adalah antara perkara yang mudah untuk dilakukan dalam rutin seharian kita. Berjalan kaki dapat menguatkan otot di samping membantu melakukan senaman kardio tanpa kita sedari.

No comments:
Post a Comment