Cermin Mata Google. Enjin carian terkenal, Google memperkenalkan teknologi baru dalam penghasilan produk fizikal iaitu cermin mata pintar jenis gogal. Projek cermin mata berteknologi Google yang dikenali sebagai Project Glass ini membolehkan seseorang melihat emel, melakukan carian atau mencari arah jalan menggunakan peralatan itu.
Projek itu telah didedahkan di laman social mereka sendiri iaitu Google Plus. Cermin mata tersebut menggunakan kawalan suara dan menawarkan penunjuk arah melalui sistem penentu kedudukan global (GPS).
Produk ini dihasilkan oleh makmal mereka sendiri, Google X dan kini mereka masih mencari idea baru untuk menambah baik cermin mata tersebut.
No comments:
Post a Comment