Petua kesihatan gigi orang melayu yang berjaya aku kumpulkan adalah seperti berikut:
- Petua kesihatan gigi yang pertama adalah korang kena rajin berkumur dengan air garam selama dua minit untuk beri kekuatan kepada gigi.
- Korang juga boleh minum air jus perahan limau manis untuk menambah kekuatan gigi, memutihkan gigi dan membunuh segala kuman yang berada di dalam mulut.
- Makan buah dan sayuran yang mempunyai banyak fiber pada setiap hari. Apabila korang makan buah seperti epal, sayur kobis, ulam–ulaman dan buah pear, jus yang terhasil apabila anda gigit makanan tersebut akan memberi zat kepada gigi korang. Secara tidak langsung, gigi anda akan jadi kuat. Betul gak ni, kan?
- Petua kesihatan gigi yang seterusnya adalah korang boleh gunakan kulit buah oren untuk memutih dan bersihkan gigi korang. Caranya adalah anda gunakan bahagian dalam kulit yang berwarna putih. Tenyehkan bahagian tersebut kepada gigi korang untuk beberapa minit. Jadikan ia amalan dengan melakukannya seminggu tiga kali. Korang boleh cuba ni. Berkesan nenek jiran aku kata. Tak tipu!
- Campurkan garam dan jus perahan limau. Hasil campuran ini anda jadikan ubat gigi anda. Gosok gigi anda seperti biasa. Selepas selesai, anda bilas mulut anda dan gosok gigi dengan ubat gigi biasa pula. Ini benda biasa aku buat.
- Petua kesihatan gigi seterusnya adalah korang sentiasa amalkan senyuman manis. Mimik muka ketika senyum akan menjadikan struktur gigi anda kukuh. Sebab itu orang yang sentiasa senyum memiliki gigi yang cantik.
- Minum cendol takkan menyebabkan gigi korang kuning. Ini pasti!
No comments:
Post a Comment