Senarai Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
1. Bertanggungjawab Dalam Penyenggaraan Peralatan ICT Dan Peranti Kelengkapan
i. Menjalankan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan dan pembaikan perkakasan IT yang tidak dapat berfungsi samada melalui telekomunikasi, lawatan tapak atau dibawa oleh penggung ke Unit IT.
ii. Menjalankan kerja-kerja berkaitan pemasangan komputer dan komponen ICT.
iii. Menjalankan kerja-kerja berkaitan meningkat upaya komputer.
iv. Menjalankan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan pencegahan terhadap perkakasan dan perisian ICT.
2. Bertanggungjawab Dalam Penyelenggaraan Aplikasi Pengkomputeran
i. Menjalankan kerja-kerja baikpulih dan instalasi perisian serta meningkat upaya system operasi dan aplikasinya.
ii. Menjalankan kerja-kerja peningkatan perisian ke versi terkini.
iii. Menjalankan kerja-kerja mengimbas dan menghapuskan virus komputer.
3. Bertanggungjawab Dalam Operasi Sistem
i. Bertugas mengikut jadual tugasan dan piawai yang ditetapkan di Unit IT.
ii. Memberi perkhidmatan tunggu sedia bagi majlis-majlis rasmi Fakulti.
4. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh dari masa ke semasa.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 pada 08/03/2014 ini bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 pada tahun 2014 ini.
Apakah format dan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29?
Bagi yang dipanggil menghadiri peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 nanti boleh mendapatkan sedikit gambaran contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 di lamar web SPA.
No comments:
Post a Comment