Thursday, 12 June 2014

Bina Website Sendiri

1. Laman web (Rumah)
Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita. 
Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya. 
Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, 
kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, 
 frontpage, nvu dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya. 
Dalam website saya ini saya mengajar anda bagaimana membina website menggunakan perisian nvu ataupun kompozer.



2. Nama domain (Alamat Rumah)
Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual 
nama domain atau lebih dikenali sebagai "Pendaftar Nama Domain" yang banyak terdapat di internet. 
Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. 
Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.

3. Webhosting (Tapak Rumah)
Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda 
tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin 
memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer/server yang 
mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya. 
Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai mengaksesnya. I
tulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting.


Secara ringkasnya seperti ini:

Laman web = Rumah
Nama domain = Alamat rumah
Webhosting = Tapak rumah
 cara untuk mendapatkan domain dan webhosting
1. Domain dan Webhosting percuma
Sekarang ramai yang menggunakan blogspot dan juga www.co.cc. Tetapi, perlu diingat bahawa alamat seperti ini adalah kurang professional sekiranya anda ingin memulakan perniagaan.
2. Domain dan Webhosting berbayar
Ada beberapa syarikat webhosting yang menawarkan domain dan webhosting dengan berbagai spesifikasi dan juga dengan berbagai harga. 
Sama ada syarikat webhosting dari luar atau dalam negara. Di sini saya mencadangkan anda menggunakan servis daripada syarikat Global 
Domain International. Kepada saya mencadangkan syarikat ini? lihat video dibawah untuk mengetahuinya

No comments:

Post a Comment

IKLAN