Friday, 13 June 2014
teknik perniagaan internet
Sebenarnya ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.1. EmelAdalah wajib bagi anda untuk mempunyai laman web opt-in atau landing page yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan emel mereka di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh mulakanpemasaran produk atau servis anda dengan menghantar emel kepada mereka. Menggunakan perisian bernama autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ribuan emelpada satu-satu masa! Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya masukkan beberapa mesej untuk dijadikan emel di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan emel mereka, mereka akan mendapat emel ini secara automatik dan berterusan dari anda. Mereka pasti beranggapan yang anda ambil berat dengan mereka sedangkan anda hanya perlu lakukan sekali sahaja, hebat?2. Komen BlogAdalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini memandangkan terdapat bermacam-macam jenis blog di pasaran. Selepas melakukan sedikit kajian, anda akan dapati bahawa sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan mereka inilah sasaran terbaik untuk produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.Walaubagaimanapun, jangan sampai anda dilabel ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog dengan kerapa dan secara terang-terangan. Sebaliknya, jadikan kebiasaan untuk meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan nicheanda SAHAJA. Jangan sesekali habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog, setiap post dalam blog dan setiap komen. Memang alamat 24 jam lah anda duduk depan computer?. Cari sekurang-kurangnya 10 blog berkaitan niche anda dan tinggalkan 10 komen di setiap blog itu setiap hari. Melalui cara ini, anda dapat tingkatkan kredibiliti anda. Maklumlah, balik-balik anda yang komen!4. YoutubeMasih ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video. Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Kedua, video membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik. Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.Ketiga, anda berpeluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali. Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel sememangnya memakan masa, tetapi menghasilkan video adalah mudah, murah dan pantas!Keempat, anda akan dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda. Kelima, ia membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpacemenyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.Keenam, komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online. Anda mampu mencapai jumlah tontonan 1000 ke atas dalam beberapa minggu sahaja! Dan yang terakhir, jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit seperti cara-cara promosi yang diterangkan di atas.Antara cara pemasaran melalui video ialah:1. Cipta video sendiri.2. Daftar akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche anda.3. Masukkan tajuk video yang ada keywordsasaran anda.4. Letakkan link ke landing page anda didescription.5. Masukkan keyword sasaran anda di dalam tags.6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda ke dalam description.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment